Cerpen Karangan : Sumayyah Abdullah
“Kalau cinta, biar cintamu cinta yang terjaga bukan sebaliknya. Kalau cinta, kawal fitrah itu agar hatinya tidak terfitnah sama. Kalau cinta, tolong jagakan imannya agar tidak terkocak juga. Kerana, cinta kerana Allah itu sifatnya menjaga, melindungi dan menghindari agar si dia yang dicinta tidak disambar api neraka.”
Bilal Hussain menghentikan keretanya di salah sebuah tempat letak kereta di gedung membeli belah itu. Dia keluar dari perut kereta dengan perasaan malas. Dia cuti pada hari itu. Namun, awal pagi lagi dia sudah diminta oleh kakaknya untuk membeli susu anak buahnya yang rupa-rupanya kehabisan.
Bukan dia tidak mahu membelinya di kedai runcit sahaja namun gedung membeli belah itulah yang paling dekat dengan kediamannya mereka.
*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#
“Bilal, tolong belikan susu anak.”
Kakaknya bersuara meskipun dia melihat adiknya itu masih saja berbungkus dengan selimut. Ini mesti kes lepas solat Subuh terus tidur balik. Gumamnya.
Bilal Hussain yang separuh sedar itu menoleh.
“Yang lain mana?” tanyanya merujuk kepada mama, babah dan abang iparnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu kemana-mana hari ini. Ingin berehat sepuas-puasnya setelah hampir seminggu penuh bertugas tanpa henti.
“Aikk, ngigau kaukah Bilal? Mama sama babah kan balik kampung melawat kabun buah. Abang iparmu kan ke laut 2 minggu.” Ujar kakaknya sambil tangannya lincah menyelak tabir lalu menyimpulnya rapi.
Jendela bilik sengaja dibukakannya untuk memberi laluan kepada udara agar mudah keluar dan masuk. Bakul berisi pakaian-pakaian kotor adiknya digapai dan disangkutkan ke pinggang.
“Kakak saja bah yang bejalan. Bilal ngalih ni semalam over time.” Ujarnya lalu kembali menutup mata.
“Okay, kalau kakak yang jalan, Bilal tolong jagakan Abid sama Darwys ah. Durang dua alum mandi sama makan tu. Terus mandikan sama bagi makan.”
Mata Bilal langsung terbuka. Pantas dia bangun dari tempat pembaringannya.
“Nda apalah ka, biar Bilal saja yang jalan membali.”
Kakaknya tersenyum. Hehe… taktiknya menjadi. Tak mungkin Bilal sanggup menjaga dua orang anak kembarnya yang sangat aktif itu sendirian. Hoho!
*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#
Kakinya berhenti melangkah setelah dia sampai di rak tin pelbagai jenama susu anak yang disusun rapi. Dia memandang-mandang nama yang tertera satu persatu mencari jenama yang dimaksudkan oleh kakaknya tadi sebelum dia bertolak.
Namun kepalanya mula menoleh apabila aksi seorang gadis yang tertinting-tinting tidak jauh darinya menarik perhatiannya.
Kelihatan gadis itu sedang berusaha menggapai tin susu yang diletakkan jauh lebih tinggi dari jangkauan jari-jemarinya. Bilal Hussain menukar posisinya sedikit untuk melihat wajah gadis itu. Nyatanya si gadis tidak menyadari dirinya sedang diperhatikan.
Matanya membulat. Apakah ini suratan takdir? Ternyata dirinya dipertemukan dengan si gadis pujaan hati di pagi hari. Dia cuba berlagak selamba dan membantu si gadis dengan mengambilkan tin susu yang berusaha gadis itu gapai sadari tadi.
Si gadis menoleh terkejut. Pipi gebu itu bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
“Terima kasih.” Ujarnya sopan berusaha menundukkan pandangan.
Bilal Hussain cuba berlagak macho dengan membalas kata-kata gadis itu dengan anggukkan lantas dia memalingkan tubuhnya kembali kepada rak tin susu yang ditinggalkannya tadi segera mengambil setin susu lalu berlalu dari situ berusaha keras untuk menahan senyuman bahagia dan debaran hebat di dadanya.
Sesampai sahaja di rumah, bibirnya tak lekang senyuman bahagia hingga ditegur oleh kakaknya.
“Aikk, senyum memanjang nampak? Bertembung dengan bidadari sedang beli tin susu anak ke?” usik kakaknya membuatkan Bilal Hussain tersengih. Macam tahu-tahu sahaja kakaknya ini.
“Bidadari yang manis menawan kalbu.”
Kata-kata jiwang karat Bilal Hussain membuatkan kakaknya berpura-pura membuat aksi hendak termuntah.
“Bukan bidadari orangkah yang memikat hati adinda kekanda ini?” Sudah! Mood gila-gila kakaknya sudah mari. Hehe..
“Ohh! Tidak kandaku. Adinda yakin bidadari itu bukan milik siapa-siapa.”
Mereka dua beradik ini memang sah kalau tidak berdrama. Sama-sama gila-gila.
“Adinda pasti? Kanda khuatir nanti hati adinda pecah berderai seribu berkeping-keping.”
Kakaknya membuat aksi kening berkerut sambil kaki dinaikkan satu ke lengan sofa seolah-olah gaya penglima di filem cerita lama.
“In shaa Allah tidak kanda. Doakan saja moga keadaan hati adinda kesayanganmu ini tidak diapa-apakan.”Ledakan ketawa mereka akhirnya pecah juga. Si kembar cuma memandang kehairanan melihat gelagat ibu mereka dan Bilal Hussain. Usai ketawa mereka reda, kakaknya langsung kembali menyambung tugasannya yang terbengkalai angkara melihat senyuman tak mati Bilal Hussain tadi membiarkan adiknya itu duduk termenung melayan perasaannya sendiri.